Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2017

Erti Makna As-saff ayat 14

Surah as- saff adalah antara surah yang rapat dengan mereka yg berada dalam gerakan islam.  Setiap orang yang berada dalam gerakan islam,  tidak kira tergolong dalam golongan berhaluan kiri ataupun dalm parti politik islam,  perlu faham erti surah as-saff ini. Setiap ayat memberi satu pengajaran yang boleh kita ambil untuk dijadikan sebagai iktibar.  Ayat ke 14 menjafi ayat yang menjadi signifikan kepada , kita yang berjuang untuk menegakkan islam tidak kira berada di lokaliti mana pun. Seruan Allah s.w.t kepada orang beriman patut kita sahut sebagai salah satu tanda bahawa kita ni tergolong dalam orang yang beriman.  berbeza dengan seruan kepada orang islam,  seruan kepada orang beriman lebih khusus kerana penerimaan orsng beriman terhadap firman Allah adalah berbeza dengan penerimaan orang islam awam ataupun 'muslimin'.  Allah s. w. t menyeru supaya orang-orang beriman mencontohi atau menjadi seperti golongan hawariyun yakni golongan pengikut nab...