Erti Makna As-saff ayat 14

Surah as- saff adalah antara surah yang rapat dengan mereka yg berada dalam gerakan islam.  Setiap orang yang berada dalam gerakan islam,  tidak kira tergolong dalam golongan berhaluan kiri ataupun dalm parti politik islam,  perlu faham erti surah as-saff ini.

Setiap ayat memberi satu pengajaran yang boleh kita ambil untuk dijadikan sebagai iktibar. 

Ayat ke 14 menjafi ayat yang menjadi signifikan kepada , kita yang berjuang untuk menegakkan islam tidak kira berada di lokaliti mana pun.
Seruan Allah s.w.t kepada orang beriman patut kita sahut sebagai salah satu tanda bahawa kita ni tergolong dalam orang yang beriman.  berbeza dengan seruan kepada orang islam,  seruan kepada orang beriman lebih khusus kerana penerimaan orsng beriman terhadap firman Allah adalah berbeza dengan penerimaan orang islam awam ataupun 'muslimin'. 

Allah s. w. t menyeru supaya orang-orang beriman mencontohi atau menjadi seperti golongan hawariyun yakni golongan pengikut nabi isa ibni maryam. Apa yang golongan hawariyun lakukan? Mereka terud menyahut pertanyaan Isa ibni Maryam tentang siapa yang ingin  menjadi penolong Allah.  Dan atas kesudian dan ketaatan hawariyun kepada Allah dan RasulNya,  mereka menyahut seruan tersebut dan Allah rakamkan dalam surah as-saff ayat ke-14.

Setelah itu,  Allah memisahkan golongan Bani Israel kepada 2 bahagian,  golongan beriman dan golongan kafir.  Dan kita boleh takwilkan maksud ayat seterusnya dengan takwilan Allah menolong golongan yang beriman tersebut dengan kekuasaanNya yang Maha Besar.  Alangkah beruntungnya kita kalau menjadi penolong Allah.  Namun sunnah orang berjuang yang sentiasa ditimpa kesusahan menjadi batu penghalang kepada masyarakat Islam untuk tidak berjuang.

Konteks berjuang yang saya maksudkan bukannya pergi berperang.  Rasulullah sendiri menyebut jihad atau perjuangan terbesar adalah melawan hawa nafsu. Di Malaysia,  kita boleh takwilkan perjuangan itu dengan menegakkan syiar Islam di tanah air tercinta.  Dengan keadaan yang mendesakkan sinaran Islam menerangi jiwa-jiwa yang gelap, perlunya kita sebagai jundi untuk membantu menyebarkan dakwah tidak kira dengan platform apa yang kita gunakan.

Seruan saya, sebagai orang Islam, menegakkan kalimah Allah sepatutnya menjadi agenda utama bagu gerakan Islam tidak kira dalm bidang politik atau NGO.  inshaAllah, kita bakal diredhaiNya.

Sekian.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambung Belajar di Mesir

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?