Persamaan Islam Dengan Agama Lain
Kalau kalian pernah menonton video ucapan DS Anwar Ibrahim selepas kemenangan Parti Harapan (PH) , beliau berkata apa yang ada dalam Islam, pun ada dalam agama lain. Seperti puasa, sedekah, berbuat baik kepada ibu bapa. Lebih kurang begitulah kandungan ucapannya. PERHATIAN!! Ya apa yang dianjurkan dalam Islam, juga wujud dalam agama lain bukan bererti Islam sama dengan agama lain. Kalau kalian benar-benar faham, nilai-nilai moral memang ada dibawa dalam setiap agama, tetapi agama yang paling benar. Akhir posting ini, saya sertakan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Maidah ayat 3, bahawa Allah telah sempurnakan Islam sebagai agama, bererti tiada agama yang sama atau lebih tinggi daripada Islam. Memetik satu perenggan dari buku 'Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-Isu Sentral' m/s 20, "Islam mengakui adanya 'religious plurality' dalam erti menerima adanya perbezaan dan kepelbagaian agama dalam kehidupan bermasyarakat, bukan ' religious pluralism' yan...