Persamaan Islam Dengan Agama Lain
Kalau kalian pernah menonton video ucapan DS Anwar Ibrahim selepas kemenangan Parti Harapan (PH) , beliau berkata apa yang ada dalam Islam, pun ada dalam agama lain. Seperti puasa, sedekah, berbuat baik kepada ibu bapa. Lebih kurang begitulah kandungan ucapannya.
PERHATIAN!!
Ya apa yang dianjurkan dalam Islam, juga wujud dalam agama lain bukan bererti Islam sama dengan agama lain. Kalau kalian benar-benar faham, nilai-nilai moral memang ada dibawa dalam setiap agama, tetapi agama yang paling benar.
Akhir posting ini, saya sertakan ayat Al-Quran daripada Surah Al-Maidah ayat 3, bahawa Allah telah sempurnakan Islam sebagai agama, bererti tiada agama yang sama atau lebih tinggi daripada Islam.
Memetik satu perenggan dari buku 'Pemikiran Islam Liberal: Pembahasan Isu-Isu Sentral' m/s 20,
"Islam mengakui adanya 'religious plurality' dalam erti menerima adanya perbezaan dan kepelbagaian agama dalam kehidupan bermasyarakat, bukan ' religious pluralism' yang menyamakan semua agama. Prinsip 'lakum dinukum waliyadin' dan 'la ikraha fiddin' menjadi teras utama toleransi dan kerukunan beragama dalam Islam. Prinsip ini pada dasarnya menerima adanya perbedaan agam dari segi akidah dan keyakinan masing-masing, sementara pluralisme agama ingin memansuhkan perbedaan tersebut sehingga para penganut agam tidak boleh meyakini lagi agamanya sebagai kebenaran."
Jadi berhati-hatilah apabila berkata-kata, jangan kita biarkan diri kita diracuni virus liberalisme dan pluralisme. Sekarang atheis melayu pun berani buat pengakuan. Kita yang tulen Islam mengapa mendiamkan diri?
Wallahua'lam

Prohibited to you are dead animals, blood, the flesh of swine, and that which has been dedicated to other than Allah, and [those animals] killed by strangling or by a violent blow or by a head-long fall or by the goring of horns, and those from which a wild animal has eaten, except what you [are able to] slaughter [before its death], and those which are sacrificed on stone altars, and [prohibited is] that you seek decision through divining arrows. That is grave disobedience. This day those who disbelieve have despaired of [defeating] your religion; so fear them not, but fear Me. This day I have perfected for you your religion and completed My favor upon you and have approved for you Islam as religion. But whoever is forced by severe hunger with no inclination to sin - then indeed, Allah is Forgiving and Merciful.
Al Maidah (3)
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ
وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ
وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ
الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ
فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ - 5:3
Ulasan
Catat Ulasan