Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2018

Kekalahan Muslimin dalam Perang Uhud

Imej
Menyingkap kembali sirah nabawiyah. Ketika Perang Uhud, tentera pemanah yang berkubu di bukit Uhud mengejar harta yang ditinggalkan kaum Quraisy. Keingkaran pemanah telah diajar oleh Allah dengan diserang oleh tentera berkuda yang memerhatikan mereka dari belakang. Kubu tentera Islam dikepung dan seramai 70 muslimin syahid kerana melindungi kubu dan rasulullah dengan badan mereka sendiri. Kedudukan pemanah dan tentera muslimin dan kafir quraisy Tersebar khabar berita rasulullah SAW dibunuh yang disebar oleh tentera musuh. Ada yang pulang ke Madinah kerana terdengar berita kematian baginda. Tetapi mereka yang pulang dihalau oleh muslimat yang berada di Madinah untuk syahid bersama rasulullah. Sahabat yang lain juga sepakat untuk syahid bersama rasulullah. Allah menurunkan ayat al-Quran dari Surah Ali- Imran ayat 123. Mafhumnya "dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangann...