Kekalahan Muslimin dalam Perang Uhud

Menyingkap kembali sirah nabawiyah. Ketika Perang Uhud, tentera pemanah yang berkubu di bukit Uhud mengejar harta yang ditinggalkan kaum Quraisy. Keingkaran pemanah telah diajar oleh Allah dengan diserang oleh tentera berkuda yang memerhatikan mereka dari belakang. Kubu tentera Islam dikepung dan seramai 70 muslimin syahid kerana melindungi kubu dan rasulullah dengan badan mereka sendiri.

Kedudukan pemanah dan tentera muslimin dan kafir quraisy
Tersebar khabar berita rasulullah SAW dibunuh yang disebar oleh tentera musuh. Ada yang pulang ke Madinah kerana terdengar berita kematian baginda. Tetapi mereka yang pulang dihalau oleh muslimat yang berada di Madinah untuk syahid bersama rasulullah. Sahabat yang lain juga sepakat untuk syahid bersama rasulullah.

Allah menurunkan ayat al-Quran dari Surah Ali- Imran ayat 123.
Mafhumnya
"dan sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kurang alat perang). Oleh itu, bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu)"

Ali -Imran ayat 165
Mafhumnya.
"tatkala kamu ditimpa kemalangan dalam peperangan Uhud, sedangkan kamu memenangi keatas mereka dalam peperangan Badar yang kekuatannya lebih sekali ganda, kamu bertanya kenapa boleh jadi begini? Bukankah kita berada di pihak yang benar? Mengapa Allah tidak menolong kita? Lalu Allah menjawab, puncanya daripada diri kamu sendiri yang telah melakukan kesilapan (turun dari bukit Uhud)"

Benar, Islam adalah agama yang diredai Allah. Tetapi, faktor kekalahan muslimin pada waktu itu adalah kerana kurangnya keyakinan mereka pada Allah dan kerana keingkaran mereka pada arahan rasulullah SAW. Apa yang kita boleh belajar daripada peristiwa tersebut adalah perlunya taqwa dan usaha serta pengharapan kepada Allah untuk memperoleh kemenangan. Juga sifat syukur atas nikmat yang telah dikurniakan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambung Belajar di Mesir

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?