Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2017

Letupan di Sinai Utara

Semalam, Jumaat 24 Nov 2017, dunia gempar sekali lagi dengan peristiwa letupan yang berlaku di sebuah masjid di Mesir. Wartawan melaporkan sebanyak 200+ terkorban dalam nahas tersebut. Ada percambahan pendapat tentang sebab berlaku peristiwa tersebut. Yang pertama, permusuhan antara wahabi dan Sunni membawa kepada pengeboman warga tempatan. Cerita ni hanya khabar angin. Yang menjadi perhatian saya adalah teori yang kedua. Isu global yang hangat diperkatakan terutama di media sosial. Perancangan Saudi-Israel-Mesir untuk memburukkan nama IM dengan meletakkan label pengganas pada IM. Dengan keadaan di Saudi di mana Putera Mohammad bin Salman sedang giat mencantas kerabat yang boleh menggugatnya untuk menaiki takhta, dan isu Fattah-Hamas di Palestin membuka peluang kepada kuasa Barat untuk menyebarkan keburukan IM. Teori kedua boleh dibaca pada link post berikut . Kesatuan Ulama Dunia menjadi kambing hitam bagi menjayakan perancangan tersebut. Dan berlaku cubaan dari beberapa pihak unt...

Reclaim Your Heart

Imej
Reclaim Your Heart Penulis: Yasmin Mogahed Assalam. Buku yang saya bakal kongsikan pada kali ini boleh dikategorikan sebagai buku tasawuf atau akhlak. Dalamnya terkandung 4 bahagian. Attachments , Love , Hardships , Relationship with Creator, Women Status , Ummah , dan Poetry . Bab pertama yakni Attachments. Penulis mengaitkan hati yang mati, mempunyai attachments atau keterikatan dengan suatu objek duniawi. Wang, kuasa, populariti adalah antaranya. Dengan terikatnya hati kepada makhluk dan bukannya Khuluq yakni pencipta makhluk, insan biasa tidak dapat melepaskan jiwanya dari merasai nikmat kemanisan iman serta mudah hanyut dan futur dari jalan perjuangan Islam. Love atau cinta menjadi bab kedua yang dibincangkan. Jika dikaitkan dengan bab pertama, terikatnya hati insan kepada makhluk boleh memanifestasikan perasaan cinta. Dan cinta yang dibicarakan bukanlah cinta sesama manusia, tetapi cinta yang membutakan manusia dari mengenalpasti kebenaran yang hakiki hingga sanggup meng...

'Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata'

Imej
'Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata' Ramai mengetahui kisah Malayan Union yang dibawa oleh British telah mendapat sambutan buruk daripada penduduk di Tanah Melayu. Hasilnya, perpaduan antara kaum dapat dipupuk berkat usaha para pemimpin terdahulu. Tetapi, ramai juga masih kurang arif berkenaan kisah Natrah. Seorang gadis berdarah Belanda yang lahir di  Indonesia dan dibesarkan sewaktu usia remajanya di Terengganu. Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh atau Natrah, dilahirkan pada tahun 1937 dan meninggal dunia pada tahun 2009. Setelah setahun (ya setahun), akhirnya saya dapat menghabiskan juga buku ini. Buku yang sarat dengan kisah sejarah, yang selama ini kita tidak dapati dalam silibus sejarah di sekolah menengah. Buku ini menceritakan perjalanan hidup Natrah dari awal, (CAUTION!! Spoiler alert!) kemudian diletakkan di bawah jagaan seorang wanita Melayu dari Terengganu, berkahwin dengan Mansor Adabi, seorang guru. Kemudian k...