'Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata'

'Natrah @ Nadra @ Huberdina Maria Hertogh @ Bertha : Cinta, Rusuhan, Air Mata'

Ramai mengetahui kisah Malayan Union yang dibawa oleh British telah mendapat sambutan buruk daripada penduduk di Tanah Melayu. Hasilnya, perpaduan antara kaum dapat dipupuk berkat usaha para pemimpin terdahulu.

Tetapi, ramai juga masih kurang arif berkenaan kisah Natrah. Seorang gadis berdarah Belanda yang lahir di Indonesia dan dibesarkan sewaktu usia remajanya di Terengganu. Maria Huberdina Hertogh atau Bertha Hertogh atau Natrah, dilahirkan pada tahun 1937 dan meninggal dunia pada tahun 2009.

Setelah setahun (ya setahun), akhirnya saya dapat menghabiskan juga buku ini. Buku yang sarat dengan kisah sejarah, yang selama ini kita tidak dapati dalam silibus sejarah di sekolah menengah. Buku ini menceritakan perjalanan hidup Natrah dari awal, (CAUTION!! Spoiler alert!) kemudian diletakkan di bawah jagaan seorang wanita Melayu dari Terengganu, berkahwin dengan Mansor Adabi, seorang guru. Kemudian kisah berlanjutan apabila Kerajaan Belanda mengkehendaki Natrah pulang ke Belanda dan dipaksa menukar agamanya kepada Kristian.

Bukan untuk memburukkan sesiapa, tetapi buku ini juga menampilkan sisi buruk media barat dan golongan tertentu yang bijak memanipulasi keadaan untuk keuntungan mereka sendiri. Juga, kisah pengorbanan pelbagai pihak yang bersatu atas nama Islam untuk memperjuangkan hak Natrah.

Kalau isu Malayan Union berjaya menyatukan penduduk di Tanah Melayu, maka Natrah berjaya menyatukan hati orang Islam bukan sahaja di Persekutuan Tanah Melayu, malahan dari Indonesia, Pakistan dan Mesir.

"Kajian itu bagi memperbetulkan persepsi Barat terhadap Timur tentang isu Natrah yang pernah menimbulkan kontroversi sehingga mencetuskan rusuhan di Singapura pada tahun 1950 ." -Sumber Wikipedia

Penulis: Fatini Yaacob
Terbitan: Penerbit UTM

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambung Belajar di Mesir

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?