Letupan di Sinai Utara
Semalam, Jumaat 24 Nov 2017, dunia gempar sekali lagi dengan peristiwa letupan yang berlaku di sebuah masjid di Mesir.
Wartawan melaporkan sebanyak 200+ terkorban dalam nahas tersebut.
Ada percambahan pendapat tentang sebab berlaku peristiwa tersebut. Yang pertama, permusuhan antara wahabi dan Sunni membawa kepada pengeboman warga tempatan. Cerita ni hanya khabar angin.
Yang menjadi perhatian saya adalah teori yang kedua. Isu global yang hangat diperkatakan terutama di media sosial. Perancangan Saudi-Israel-Mesir untuk memburukkan nama IM dengan meletakkan label pengganas pada IM. Dengan keadaan di Saudi di mana Putera Mohammad bin Salman sedang giat mencantas kerabat yang boleh menggugatnya untuk menaiki takhta, dan isu Fattah-Hamas di Palestin membuka peluang kepada kuasa Barat untuk menyebarkan keburukan IM. Teori kedua boleh dibaca pada link post berikut.
Kesatuan Ulama Dunia menjadi kambing hitam bagi menjayakan perancangan tersebut. Dan berlaku cubaan dari beberapa pihak untuk menyiasat beliau.
Ya Rabb peliharalah Mesir, peliharalah Islam.
Ulasan
Catat Ulasan