Jenis Intima'
Intima' ataupun maksud yang orang umum boleh faham adalah pegangan diri terhadap suatu organisasi tidak kira gerakan tabligh ataupun politik kerajaan dan pembangkang. Intima' adalah salah satu punca seseorang melibatkan diri dalam gerakan Islam dan juga punca seseorang itu keluar dari gerakan Islam. 1) Intima' Syakhsi. Intima' yang mengikut seorang yang dikaguminya. Contoh, Tok Imam A adalah orang besar kampung dan seorang mujtahid. Anak - anak muda yang kagum dengan kehebatan Tok Imam A sertai jawatankuasa kampung kerana diketuai oleh Tok Imam A. Apabila tok imam tersebut keluar, anak - anak muda yang menjadi jawatankuasa kampung kerana dipimpin Tok Imam A pun keluar. 2) Intima' Afwi. Intima' yang berada dalam diri atas dasar menyukai pembawaan yang dibawa oleh suatu organisasi tersebut, Sebagai contoh, Anak Muda U menyertai Parti A kerana parti tersebut baca yasin setiap malam jumaat. Apabila dapat tahu Parti A baca kahfi pada malam jumaat, beliau ke...