Jenis Intima'
Intima' ataupun maksud yang orang umum boleh faham adalah pegangan diri terhadap suatu organisasi tidak kira gerakan tabligh ataupun politik kerajaan dan pembangkang. Intima' adalah salah satu punca seseorang melibatkan diri dalam gerakan Islam dan juga punca seseorang itu keluar dari gerakan Islam.
1) Intima' Syakhsi. Intima' yang mengikut seorang yang dikaguminya. Contoh, Tok Imam A adalah orang besar kampung dan seorang mujtahid. Anak - anak muda yang kagum dengan kehebatan Tok Imam A sertai jawatankuasa kampung kerana diketuai oleh Tok Imam A. Apabila tok imam tersebut keluar, anak - anak muda yang menjadi jawatankuasa kampung kerana dipimpin Tok Imam A pun keluar.
2) Intima' Afwi. Intima' yang berada dalam diri atas dasar menyukai pembawaan yang dibawa oleh suatu organisasi tersebut, Sebagai contoh, Anak Muda U menyertai Parti A kerana parti tersebut baca yasin setiap malam jumaat. Apabila dapat tahu Parti A baca kahfi pada malam jumaat, beliau keluar dari parti tersebut.
3) Intima' Maslahi. Intima' yang berdiri kerana mengejar suatu kemaslahatan atau keuntungan dalam suatu gerakan. Contohnya, Anak Muda T menyertai Syarikat Y kerana dasar syarikat tersebut adalah 'sesiapa yang menyertai syarikat, akan mendapat kereta percuma setiap tahun'.
4) Intima' Irtijali. Orang yang mempunyai intima' begini selalunya tidak sedar yang dia menyertai suatu gerakan. Dia hanya mengikut 'flow' pendidikan, sertai program tanpa ada tujuan.
5) Intima' Aqidi. Satu- satunya intima' yang membawa ke jalan yang benar. Orang yang berintima' begini, atas dasar kefahaman aqidah dan kefahaman tentang apa yang suatu gerakan itu bawa iaitu Islam.
Intima' Aqidi tidak terhad pada golongan ulama ataupun tabligh sahaja. Bahkan golongan politik yang membawa agenda Islam untuk diterapkan dalam pemerintahan negara juga termasuk dalam Intima' Aqidi. Sungguh perjalanan tidak mudah, tapi intima' yang berlandaskan aqidah yang benar dan ibadah yang sahih akan menjanjikan syurga di penghujung jalan.
Oleh itu sahabat - sahabat yang dirahmati Allah sekalian, kalau ingin sertai sesuatu gerakan, pastikan supaya dasar sesuatu gerakan tidak lari dari Islam. Moga Allah bantu.
Ulasan
Catat Ulasan