Sambung Belajar di Mesir

Assalamualaikum.

Di sini saya nak berkongsi sedikit tips berkenaan hidup di Mesir.

Mo Salah idola masyarakat Mesir

Bidang pengajian yang ada di Mesir ni ada 2. Perubatan atau sains kesihatan dan pengajian Islam. Ada juga bidang minoriti iaitu farmasi dan pergigian.

Yang saya nak kongsikan dengan adik-adik semua adalah realiti hidup di Mesir ni. Memang betul 'rate' tukaran EGP (Egyptian Pound) : MYR (Malaysian Ringgit) adalah 4.5:1. Maksudnya seringgit boleh dapat 4.5le. Masyuukk!! Memang boleh lupa diri kalau belanja.

Tetapi, sesuai dengan nilai tukaran matawang, keadaan di Mesir sangat lah mengecewakan. Bergantung juga dengan expectation korang. Dengan debu, pasir, perangai arab yang menjengkelkan. 

Tips Pertama: Penjagaan Masa


Bila dah duduk jauh dari family, korang akan keluar dari comfort zone. Maknanya kena belajar masak, bangun subuh, study etc. Utk penjagaan masa korang sangat perlu disiplin. Sebab yang nak belajar tu korang bukannya orang lain. Banyak kes pelajar mengulang antaranya disebabkan kurang penjagaan masa. 

Internet kat Mesir memang best. Dota smooth, streaming movie tak buffer. Tapi sangat sayang kalau kita hanyut dengan semua benda tu.

Tips Kedua: Pilih Kawan


Kat Mesir ni, kau akan jumpa lagi ramai orang dengan pelbagai ragam. Nasihat aku, kawan lah dengan semua orang, tapi dampingi orang-orang yang ada sifat dahagakan ilmu pengetahuan. Bahasa mudahnya rajin study.

Isu 'Persatuan vs Study' antara isu evergreen yang selalu didiskusikan. Berpersatuan lah korang. Sebab apa? Bila kita duduk sorang-sorang, bisikan-bisikan syaitan akan lebih mudah masuk. Contoh paling mudah, bila kau jauh daripada ibu bapa, banyak benda yang sebenarnya dikawal oleh parents korang tapi mudah nak buat bila dah jauh. Berkomuniti lah dengan masyarakat sekeliling hatta orang arab sekalipun.

Dalam berpersatuan, jangan tinggal study. Sama ada jurusan medik, farmasi, bahasa arab, usuluddin, syariah etc jangan tinggal study. Waktu ni lah boleh apply cara bahagikan masa dengan betul.

Persatuan pun ada banyak, dalam banyak-banya persatuan, aku perhati PERUBATAN antara persatuan yang berusaha menjaga kebajikan mahasiswas sains kesihatan kat Mesir. Banyak kena kecam sebab buat usrah, jaga biah solehah (suasana Islamik) student Malaysia, kena kecam sebab buat benda baik, tapi dorang masih steady.

Kalau untuk pengajian Islam, ada Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) untuk setiap negeri. Version yang sama macam PERUBATAN tapi lebih umum untuk student medik dan pengajian Islam
Persatuan lain pun ada macam haluan, isma \, ikram tapi aku tak berapa minat sebab dorang ni terikat dengan persatuan dekat Malaysia. Aku lebih prefer NGO. Nampak originaliti dia kat situ. Haha.

Tips 3 : Dengan Siapa Nak Mohon? 


Ikhlas dan jujur, aku prefer korang/anak pakcik makcik daftar dengan Kementerian Malaysia (KPT), elakkan guna ejen. Sebab apa? 

A) Penempatan di Universiti lebih terjamin. 

Ada kes student daftar dengan ejen, tapi tempat di Uni masih belum confirm. Kalau dgn KPT, Malaysia akan direct dengan EME/Embassy dan kepada Uni.

B) Kebajikan. 

Isu rumah sewa masih hangat sampai sekarang. Banyak berlaku kes tuan rumah offer rumah sewa dengan harga melambung dan ejen terus ambik tanpa nego. Akibatnya akan berlaku chain reaction, lepasni tuan rumah arab akan up lagi sewa utk student2 baru yang mentah atau yang mana tengah mencari rumah sewa. 

Tak dinafikan daftar dengan ejen ada kelebihan spt kursus2 disediakan, barang2 asasi utk kegunaan harian disediakan pada awal kedatangan ke mesir. Tp lebih baik datang bersama kementerian lebih afdhol. 

Tips 4 : Nak bawak barang apa?


Topik kegemaran pelajar baru dan ibu bapa. Sakan nak bawa itu dan ini sampai terlebih kilo nak naik flight.

Sini aku share kan beberapa essential item utk bawak waktu awal kedatangan ke Mesir.

A) Periuk Nasi

Kat Mesir ada je jual dkt kedai elektronik tapi mostly brand China. So kalau nak beli yang tahan & ok boleh beli dekat Malaysia.

B) Iron 

Takkan nak pergi kelas baju x bergosok. Alas tu korang boleh pakai sejadah ke apa2.

C) Makanan Malaysia : Serai, Cili Padi, Belacan, Kari, Kurma, Rencah Nasi Goreng


Itu je yg rare jual dekat Mesir. Yg lain ada shj jual dkt kedai-kedai rempah ('attoroh). Kunyit, cili kering, kayu manis, bunga lawang, cengkih ada shj jual. Boleh tanya senior2 mana nak cari lagi2 kalau geng chef masak-memasak dorg lagi tahu port nak beli mana. Lain2 tambahan makanan kalau nak bawak tu, bawa la.

D) Kalau baju sejuk nak bawa baju sejuk 2-3 helai, lain boleh cari dkt Mesir. 

Design Mesir ada yang lawa2. Bawak la baju riadah, baju solat, kain telekung, baju formal, baju casual, baju smart casual. Jangan seksi2 ya lelaki mahupun perempuan. Sini bumi para nabi dan juga bumi tertanamnya jasad Firaun. Mohon beringat.

E) Adapter Plug & Extension plug

Memang sangat perlu sbb Mesir mostly guna 2 pin dan ada yg bulat, lain sangat dengan Malaysia. Extension better Malaysia punya sbb sini cepat cair lagi2 kalau guna peralatan elektrik yang banyak guna karan, sangat tak tahan dengan extension made in egypt. Better Malaysia dengan cop sirim.

F) Laptop

Beli yang ok. Tak murah sangat, tak mahal sangat sesuai dengan kegunaan student. Lagipun dekat Mesir kurang assignment/penggunaan laptop untuk study. Tapi kalau jenis kaki game/editing gambar, ikut suka la. Tapi kena pandai jaga sbb takut kes pencuri Arab pecah masuk rumah. Orang Malaysia ni Arab akan pandang sbg orang yang banyak duit. Tak kisahlah marhaen biasa ke atau ada-ada, semua Arab sapu. 

So, laptop, phone, wallet, ipad/tab & gajet2 jangan la tayang2 dekat tepi jalan macam dekat Malaysia.


G) Kasut sneakers/Joging 

utk ke kelas dan ke mana-mana. Bawak la sepasang kasut kulit sbg spare utk presentation atau event formal. Kelas di Mesir sangat memerlukan daya tahan kaki. Pakai kasut yang selesa dan tak sakit kaki. Pakaian ke kelas dorang sangat rileks. Tp better pakaian yang sopan yang tunjuk kita ni student. 
Kasut futsal/joging tu bawak lah kalau nak bawak. Sini student aktif sewa court utk kegunaan riadah.

Baju Tshirt kolar, seluar khakis, Kemeja kalau nak pakai dengan seluar slack,  blazer (boleh cari di Mesir kalau xnk bawak). NO FLIP-FLOPS IN CAMPUS. 


H) Kopiah & Tudung. 

Padia hangpa gi blajaq mesiq tapi takdak kopiah/tudung. Bukannya suruh pakai kopiah sepanjang hari, tp nk ke masjid/surau tu kena la proper. Kain pelikat hanya boleh dalam rumah. Arab pandang serong kalau pakai kain pelikat. Telekung pun bawak la spare. Sejadah tu boleh bawak jugak sbb solat penjarakan fizikal.

J) Makeup yang simple

Utk perempuan aku xtau sgt, tp jangan la punggah semua stok makeup korang dalam beg. Awal2 ni bawak perlu shj. Takperlu nak berhias sangat pun. Arab lagi suka kacau tengok perempuan lawa. Dorang kacau bukan macam orang Malaysia kacau. Dorang sexual harass terus. Kalau dorang usha, dorg usha direct depan2 tenungggg je korang tu xde segan2. Apa nama moisturiser, bedak, dll yg korang rasa perlu. Tambahan2 tu lain kali pun xpa. Walaupun ada sesetengah brand jual dkt Mesir tp agak mahal.

K) Duit Dollar USD

Utk parents yang nak bekalkan USD awal2 utk anak2 boleh shj sbb nanti senior/guide akan bawa ke money changer. Jangan banyak sangat sudah. Dan ready account international untuk senang urus keluar masuk duit. Dulu orang suka HSBC sbb sini ada atm dia. Maybank, Bank Islam, CIMB xde sini. Asalkan ada international punya service inshaAllah memadai.

Itu antara tips yang aku boleh kongsikan serba sedikit. Yang lain, boleh korek sendiri dari legend-legend dekat tempat lokaliti masing-masing either Mansurah, Alexandria, Cairo, Zagazig, Tanta. Boleh juga refer blog2 lain dan tanya pada EDUCATION MALAYSIA EGYPT untuk apa2 pertanyaan. 

Wallahua'lam

Ulasan

  1. assalamualaikum, saya nak tanya more questions about ni, especially part egen seperti medicmesir. di mana saya boleh tanya persoalan saya ya? terima kasih.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?