Review Empayar & Empayar 2 - Teme Abdullah

 Hi, Assalamualaikum wbt.


Kali ini entry berkenaan dengan review buku novel Empayar dan sekuelnya Empayar 2, karya Teme Abdullah (teme Abdullah (@itsteme) / Twitter), Jujur, aku tau dia seorang penulis tetapi belum sempat nak menjenguk karya-karyanya. Novel Empayar & Empayar 2 adalah antara novel-novel yang ditulis oleh Teme.




Empayar https://www.goodreads.com/book/show/40010934-empayar novel drama, Islamik, aksi, thriller, persahabatan remaja Melayu. Seting pos-apokalips di mana berlaku selepas kemusnahan besar-besaran. Jadi masyarakat ketika itu beralih kepada teknologi tradisional, terutama teknologi bangsa Melayu. Teme mengetengahkan hasil seni/teknologi masyarakat Melayu pada era kesultanan Melayu Melaka seperti pengangkutan, gaya hidup, pembangunan serta sosiogeografi dan ekonomi.

Gaya bahasa yang mudah, kaya dengan unsur-unsur keagamaan Islam. Selain itu, banyak mesej-mesej yang Teme selit dalam penulisannya. Contoh, karakter penunggang agama, orang yang baik soleh namun naif, karakter pengikut yang bodoh, taat pada ketua namun mudah ditipu, serta protagonis-protagonis yang memainkan peranan penting untuk menjernihkan keadaan.

Sekali pandang memang nampak sebagai sebuah naskhah yang ringan, tetapi kalau kita tenung dan hayati plot, banyak mesej tersirat dan tersurat. Kudos kepada Teme kerana berjaya memudahkan pembaca untuk mencerna mesej yang hendak disampaikan. Putera raja yang merantau untuk menuntut ilmu, pertembungan antara golongan yang berkepentingan dengan yang menegakkan kebenaran dan antagonis yang buat aku geram dan berharap Teme matikan dia pada akhir buku membuatkan aku berjaya habiskan novel dalam beberapa hari sahaja.

(Sebab nak hayati mesej so beberapa hari la. Kalau naskhah ringan sehari boleh habis. Kahkahkah!)




Empayar 2 - https://www.goodreads.com/book/show/44655502-empayar-2 sambungan kepada Empayar. Teme bawak golongan penunggang agama juga tapi menjurus kepada ajaran sesat a.k.a Ayah Pin dan seumpanya kalau di Malaysia ni. Dan ada juga musuh baru, musuh dalam selimut. Kalau Empayar mengetengahkan kisah Putera, Empayar 2 Teme fokuskan kepada sahabatnya seperti asal-usul dan konflik keluarga yang dialam olehnya. 

Waktu aku habiskan Empayar, aku set bar yang agak tinggi untuk Empayar 2. Kalau Empayar aku boleh bagi 8/10 dan aku expect sekuelnya tinggi dari tu, tapi aku boleh bagi 7/10 je sebab plot agak slow, tapi ending Empayar 2 yang plot twist-nya buat aku tertunggu-tunggu Empayar 3. Kata Teme mungkin akan keluar dalam bulan 5 2022. Kita tunggu sahaja nanti. Boleh follow twitter penulis.

Buat yang nak membeli, korang boleh beli secara online atau boleh cari di mana-mana kedai buku berhampiran. 

p/s gambah ihsan Google. Timakase!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambung Belajar di Mesir

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?