Royal Kludge Mechanical Keyboard (RK61) - Pandangan Lepas Guna 2 Bulan.

Hi, Assalamualaikum. 

Haritu aku baru beli mechanical keyboard untuk aksesori tambahan untuk laptop. And aku rasa terpanggil untuk berkongsi pandangan selepas beberapa minggu guna kb (keyboard) ni. 

1. Saiz yang kompak (kecil)

- Untuk mana-mana traveler/student/perlukan ruang yang kecil sangat sesuai. Boleh letak kat dalam beg atau atas meja yang kecik.

2. Mekanikal.

- Orang akan fikir best ke mekanikal kb ni. Haa~ dia belum try lagi mekanikal kb feeling dia mcm mana. Precision/ketepatan/rasa mengetik tu lagi sedap dari kb biasa a.k.a membrane. Utk orang biasa yg mana kegunaan kb ni jarang guna, ok je kalau guna kb biasa (membranous). 

- Tapi untuk gamer, typist, kerja kerani/office yang banyak guna kb, very recommended untuk dapatkan satu. Tak tahu nak beli yang mana? boleh try yang murah dulu. Tapi untuk cost kb mekanikal  yang murah, agak mahal kalau compare dengan kb biasa. RK61 ni dalam RM210~ shipping included shopee hahaha~.

3. Appearance

- Fokus ke RK61, dia antara lineup produk Royal Kludge company dari China tak silap, dan memang kb manufacture lah. Tapi tak famous mcm brand-brand besar so harga dia takdelah mahal mana. Quite okay lah lagi-lagi kalau korang pandai survey dekat shopee/lazada.

- Aku cari warna putih tapi tinggal hitam je waktu nak beli tu. Hitam, lampu LED backlit bukan RGB. Rasa mcm tertipu pulak sebab kedai tu dia letak gambar kb RGB yang agak mahal banding dengan LED tp nak murah kan. Mendapat lerr.. Brown Switch so dia senyap xde 'clicky' mcm Bue Switch.

 

- Connectivity ada 3 mode; wired USB 2.0-Type C, Bluetooth, wireless with dongle2.4Ghz. So far aku guna Bluetooth dengan wireless latency xde obvious sangat sebab bukan fokus untuk gaming. Ok shj. 

- Mana dia sumbat semua key-key lain dari layout kb yang asal? Haa~ sini aku tunjukkan gambar 


So agak awkward sikit untuk tukar style sebab function dan key dia overlap. Tp okay la sebab layout 61 keys. So kalau nak beli kb yang layout keys dia lain dari kb yang saiz asal, kena survey la dulu yek berapa keys.

- RK61 agak tinggi dari pergelangan tangan so dengan kegunaan yang lama, akan rasa lenguh dan kena stretch dekat pergelangan tangan. Not comfortable for long term use. Mungkin kena cari wristpad tapi duit pun dah slow dah. Managable la so xde la continuous duduk depan screen dalam masa yang lama.

- Tempat cable dia di tengah-tengah so kalau nak letak barang dekat depan kb tu susah la, melainkan kalau switch kepada bluetooth atau wireless mode. Itu kalau nak guna sambil baring atas katil pun boleh xde masalah sebab dia sampai connection dia. 


See, dekat tengah-tengah tu ada  wire USB Type-C

 

- Tapak dia cuma ada alas getah 4 penjuru. Non-adjustable height. Infact aku rasa RK61 ni dah cukup tinggi. Cuma rasa nak rendahkan pulak haha...

 



4. Konklusi

- Adakah aku rasa menyesal beli? Tak. Berbaloi dengan harga? Aku dah suvey di shopee untuk lineup RK yang murah-murah. Ada je yang lagi okay especially jenis 86 Key, 75 Key tapi aku beli ni sebab nak lagi kecik dan mudah disumbat di mana-mana. 

-Recommended tak untuk beli? Kalau first time nak try-try mechanical kb, boleh sangat. Lagi berbaloi kalau guna Blue Switch sebab baru feel mechanical kb type ada bunyi click. Tapi kalau nak senyap boleh guna Brown atau Red Switch. Kalau dah otai takyah la beli, atau boleh try lineup RK yang lain, atau boleh cari brand-brand lain yang offer kualiti with less price.

Itu sahaja entry harini ini. Take care. Juga sama-sama doakan mangsa banjir di Selangor khususnya dan negeri-negeri lain juga yang ditimpa musibah agar mereka diberi kekuatan untuk teruskan kehidupan pasca-banjir.

Disclaimer: Saya bukan seorang pakar keyboard. Hanya berkongsi pandangan produk yang saya guna shj. Timakase.


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Sambung Belajar di Mesir

Jenis Intima'

SELESAI SEKOLAH PERUBATAN. LALU NAK BUAT APA?