Flow Primary Source Verification (PSV), MeriTS, Pendaftaran SPA9, Permohonan EHousemen
Hi Assalamualaikum.
Harini aku nak share sikit berkenaan flow bagi pendaftaran MMC especially bagi graduan perubatan luar Malaysia.
1) PSV
Bagi step pertama sebelum daftar MMC, korang kena sediakan PSV. Apa tu PSV? PSV (Primary Source Verification) adalah sistem yang diperkenalkan oleh MMC bagi memastikan keaslian sijil korang dan memang betul korang dah graduate dari universiti korang. Ni antara cara MMC nak elak dari insiden penipuan sijil.
Ada 2 company yang MMC lantik, 1) Dataflow 2) ECFMG untuk uruskan PSV korang.
Personally aku tak tahu sangat ECFMG ni sebab batch aku semua guna Dataflow dan ada yang kata Dataflow ni lagi cepat proses dari ECFMG.
Apa perlu buat? Sini aku link kan website untuk Dataflow (https://member.trueprofile.io/mmc/1). Korang boleh buat account dekat website ni dan cari MMC partner so nanti company ni akan hantar report korang kepada MMC setelah selesai pengesahan sijil.
WAIT. Sijil apa yang nak disahkan?
Ada 2 dokumen yang korang perlu sahkan.
1) identity. Boleh guna passsport. IC aku tak tahu boleh ke tak sbb kita guna passport as ID dekat uni selain dari kad universiti.
2) Sijil yang korang akan guna untuk daftar MMC. Transkrip, Original Certificate antara dokumen yang perlu. Boleh refer website MMC untuk dokumen-dokumen yang diperlukan untuk daftar.
FORM 4 (mmc.gov.my)
https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2019/11/Guideline-doc-verify.pdf
Korang diperlukan untuk membayar sejumlah wang dalam bentuk USD sebagai bayaran servis pengesahan yang Dataflow buat. Around 100USD. Then, kalau ada caj tambahan yang diperlukan untuk bayar contoh my university requires around 100USD plus to be deposited into their account. But basically, 100USD is the rate untuk waktu ni. Fortunately, pembayaran yang uni aku nak tu, dorang bagi tutorial macam mana nak buat.
Lepas selesai submit semua dokumen, tunggu lah. Dalam sebulan lebih bergantung ada public holiday dsb. Boleh follow up guna emel dan PM dorang sendiri. My case, dia delay sebab dekat dengan cuti Christmas.
Untuk PSV bahagian tarikh-tarikh penting contoh tarikh graduasi boleh standardise dengan ahli batch. So Dataflow tak query macam-macam.
2) MeRITS
Selesai submit PSV application, korang boleh apply dulu borang MeRITS MMC.
Apa MeRITS?
Start around 2019, MMC guna sistem online untuk daftar medical graduate local & overseas. So semua dokumen boleh submit online. Cuma perlu scan sahaja.
1st step MeRITS adalah bagi mendapatkan SPA Employment Reference Number Letter.
Dokumen apa yang diperlukan untuk daftar MeRITS?
FORM 4 (mmc.gov.my)
https://mmc.gov.my/wp-content/uploads/2019/11/Guideline-doc-verify.pdf
Boleh refer di 2 link ni untuk maklumat lanjut.
https://meritsmmc.moh.gov.my/admin/annoucement/viewPDF/40_ELEGIBLE%20LETTER%20MANUAL.pdf (ini adalah file tutorial isi MeRITS. Boleh buat dengan ahli batch lain untuk standardise kan semua maklumat. Kot ada yang lupa tarikh ke)
Penting untuk semua dokumen perlu disahkan oleh pegawai gred A. Tapi aku buat dekat pesuruhjaya sumpah. Boleh sahaja.
(https://meritsmmc.moh.gov.my/admin/annoucement/viewPDF/40_ELEGIBLE%20LETTER%20MANUAL.pdf)
Untuk sijil yang bukan dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia, perlu diterjemah preferably oleh ITBM. Lepas terjemah, boleh certified true copy atau cop pengesahan salinan dokumen tu.
Korang perlu juga bayar RM100 kot untuk pendaftaran. Boleh bayar melalui online.
Tempoh menunggu untuk MeRITS selesai dalam sebulan lebih jugak. Aku submit 25 Dec, 14 Jan officer query pengesahan dokumen, 21 Jan baru approved.
3) SPA9
Next, bolehlah daftar SPA9 online. Step ni korang boleh isi sambil-sambil tunggu MeRITS selesai. Sebab MMC akan bagi surat clearance beserta nombor rujukan untuk korang guna bagi selesaikan pendaftaran SPA9.
Korang boleh daftar di https://spa9.spa.gov.my/login Create account baru dan follow all the steps until sampai dekat bahagian Profesional/Iktisas, korang perlu pilih "Berdaftar Sementara Dengan Majlis Perubatan Malaysia" dan sertakan nombor rujukan yang ada dalam surat SPA Employment Reference Number Letter.
Sini tak perlu sertakan dokumen apa-apa just isi bahagian yang diperlukan dan tunggu sampai permohonan diterima. I called SPA hotline and ask how long have to wait for the process, he said not more than 1 month.
Utk makluman, kalau korang target nak masuk intake A, maka segala permohonan di SPA sebelum tarikh tutup (tidak dinyatakan) iaitu sebelum hebahan intake di ehousemen akan diterima. Kalau terlepas, maka korang akan masuk di intake B. Jadi kalau korang nak target2 intake, yang penting daftar MMC (MeRITS) dulu sbb akan ambil masa sikit. Lepas daftar MeRITS, incase nak target intake ehousemen terdekat, boleh daftar SPA laju-laju. Kalau target intake selepasnya, boleh daftar SPA lepas hebahan eHO sebelum tu. Ada faham?
4) EHousemen
Lepas dari korang dapat tawaran eHO dari SPA melalui emel, korang akan diberitahu bila waktu nak mohon hospital.
Korang diberi peluang untuk create account sahaja sbb sistem untuk permohonan tak dibuka lagi. Keesokannya waktu permohonan dibuka baru boleh mohon. Utk daftar eHO biasa sahaja takde apa2 yang extravagant sangat.
Untuk permohonan hospital, hanya dibenarkan untuk memilih SATU hospital sahaja dan selalunya hospital tersebut confirm akan dapat melainkan dah penuh & korang xleh mohon dah. Jadi, tekadkan dalam hati untuk pilih hospital mana yang terbaik bagi korang.
Kredit kpd Medicorp, antara nasihat untuk pemilihan hospital adalah dekat dengan support system a.k.a family. Pilih yang dekat dengan family sebab korang akan sangat barai waktu housemen lagi2 waktu tagging. Kawan-kawan pun boleh dikira sebagai support system tapi kalau dengan kawan sekali barai, memang lingkup la. Pesan dekat suami/isteri/mak ayah/mertua tentang sifat tugasan korang. Keluar rumah tak nampak matahari, balik rumah tak nampak matahari.
Lepas pilih hospital yang anda berkenan, boleh print surat tawaran, perjanjian kontrak dll. Segala item yang diperlukan ada di situ.
Ulasan
Catat Ulasan