Flow Primary Source Verification (PSV), MeriTS, Pendaftaran SPA9, Permohonan EHousemen
Hi Assalamualaikum. Harini aku nak share sikit berkenaan flow bagi pendaftaran MMC especially bagi graduan perubatan luar Malaysia. 1) PSV Bagi step pertama sebelum daftar MMC, korang kena sediakan PSV. Apa tu PSV? PSV (Primary Source Verification) adalah sistem yang diperkenalkan oleh MMC bagi memastikan keaslian sijil korang dan memang betul korang dah graduate dari universiti korang. Ni antara cara MMC nak elak dari insiden penipuan sijil. Ada 2 company yang MMC lantik, 1) Dataflow 2) ECFMG untuk uruskan PSV korang. Personally aku tak tahu sangat ECFMG ni sebab batch aku semua guna Dataflow dan ada yang kata Dataflow ni lagi cepat proses dari ECFMG. Apa perlu buat? Sini aku link kan website untuk Dataflow (https://member.trueprofile.io/mmc/1). Korang boleh buat account dekat website ni dan cari MMC partner so nanti company ni akan hantar report korang kepada MMC setelah selesai pengesahan sijil. WAIT. Sijil apa yang nak disahkan? Ada 2 dokumen yang korang perlu sahkan....